Wednesday 23 November 2011

Pantun Harimau Muda a.k.a Awwwwwwrrrrmmmm ! (:

Ayah Safee namanya sali,
sali bukan sebarang sali,
jgan dihina negara kami,
nanti senang dapat kaki.

Baracuda sudah pon kami naiki,
melalui ranjau yg penuh berduri,
Usah dihirau segala Provokasi,
kami mahu menang lagi.

Tanah tumpahnya darahku slogan kami,
dibawah naungan jalur gemilang kami berdiri,
jangan lupa malam ini,
harimau lawan garuda sekali lagi.

Pingat emas impian kami,
dua tahun kami menanti,
x sabar rasanya hati,
insyaalah malam ini akan dikecapi.

FAM majikan kami,
makan duit penyokong sendiri,
malam ini akan terbukti,
harimau muda juara lagi.

Kaki kanan kaki kiri,
dua dua ada fungsi,
Bek kanan namanya mahali,
overlaping nya pula sentiasa menjadi.

Tamil arasu makan kari,
makan kari bersama fakri,
mereka berdua pnyerang kami,
insyaallah gegarkan jaring malam ini.

Badrul bakhtiar kapten kami,
bahagian midfield dia punya posisi,
bola dihantar kekanan ke kiri,
free kicknya pula semakin menjadi.

Game penting Malam ini,
pertahankan emas misi kami,
0ut nazmi In Gurusami,
kedua duanya sama posisi.

Muslim ahmad nama diberi,
gandingannya pula si fadhli,
muslim pantas membentes kaki,
fadhli penyelamat bola tinggi,

basuh berak tangan kiri,
hilang abes segala tahi,
penjaga gawang khairul fahmi,
tangkas terbang ke sana ke mari.

Mtak maaf syahrul azwari,
begitu juga dengan fandi,
X sempat nk sebut ramai lagi,
saya berpantun Sampai disini.

No comments:

Post a Comment